Memperkenalkan Aplikasi MySekolah Auto Relif.
Kami kini sedang menguji fungsi pertama MySekolah iaitu Auto Relif. Sasaran kami ialah membantu sekolah agar dapat menyusun relief guru dengan pantas tanpa perlukan laptop.
MySekolah · Auto Relief
Hari ini · SK Pilot
Nampak kecil, tapi sangat memberi kesan.
Bila seorang guru tidak hadir, pentadbir wajib memastikan semua kelas guru tersebut digantikan dan MMI tetap berjalan. Namun...
Kelam-kabut
Semua benda berlaku serentak: kehadiran murid, guru tidak hadir, mesej WhatsApp, kelas menanti guru.
Beban Guru
Sistem relief manual menyebabkan risiko guru yang sama dibebani relief berlebihan
Rekod
Pengurusan data relief yang berterabur mengakibatkan rekod relief tidak tersusun dan menyukarkan proses dokumentasi.
MySekolah ialah aplikasi pengurusan sekolah pintar.
Kerani Digital di dalam apps MySekolah akan memberi pengalaman automasi dalam pengurusan sekolah. Dengan dikuasakan oleh AI, Auto Relief bukan lagi sesuatu yang mustahil. Paling penting ialah semuanya dikawal sepenuhnya dari smartphone anda.
Kecil namun berbisa.
Versi awal ini akan menguji sepenuhnya fungsi Auto Relief agar sesuai digunakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
Rekod tidak hadir
Maklumat guru tidak hadir direkod supaya relief boleh disusun tanpa tunggu terlalu lama.
Cadangan guru ganti
MySekolah beri cadangan awal berdasarkan jadual. Pentadbir masih boleh guna pertimbangan sendiri.
Semakan pentadbir
Autonomi Pentadbir masih boleh digunakan bagi Mod Separa Auto.
Sejarah relief
Rekod relief boleh dilihat semula untuk rujukan dan semakan dalaman.
Dibina ikut realiti sekolah
Dibina dengan mengambil kira situasi sekolah kecil dan sederhana, bukan hanya sekolah besar.
Maklum balas pilot
Sekolah pilot boleh mencuba terlebih dahulu dan dipersilakan memberi maklum balas supaya produk ini menepati citarasa anda.
TAWARAN TERHAD! 10 slot sekolah pilot.
Sekolah yang terpilih berpeluang mencuba fungsi Auto Relief dalam MySekolah dan dapat memberi maklum balas ringkas sebelum versi rasmi dibuka.
Berminat? Sila Daftar Sekolah anda sebagai Pilot
Pihak Kami akan menghubungi anda untuk semakan kesesuaian dan terangkan cara pilot berjalan.
Jawapan ringkas untuk sekolah yang mahu cuba dahulu.
Adakah MySekolah menggantikan sistem rasmi?
Tidak. MySekolah hanya sistem sokongan dalaman sekolah, khususnya untuk kerja pengurusan seperti penyusunan relief.
Siapa yang paling sesuai guna fungsi ini?
Pengguna utama ialah Guru Besar, GPK, guru jadual dan guru yang terlibat dengan susunan relief.
Adakah guru perlu isi banyak benda?
Tidak. Untuk pilot, kami cuba kekalkan proses seringkas mungkin supaya guru dan pentadbir tidak terbeban.
Apa sekolah pilot akan dapat?
Sekolah pilot dapat akses awal dan ruang untuk beri maklum balas sebelum produk ini dibuka lebih luas.
Berminat cuba Auto Relief di sekolah anda?
Daftar minat dahulu. Kami akan hubungi untuk sesi ringkas sebelum sekolah dipilih sebagai pilot.